Sunday, December 12, 2010

AIRMATA KERINDUANKU

Dikala keheningan ini...terkenang ana kepadanya..hati terasa amat merindui dirinya..tak tertahan lagi airmata ini ditahan,tertumpah jua mengalir membasahi wajah yang penuh dengan noda2 dosa ini..ya Rasullullah...Sesungguhnya aku amat meridui dirimu,aku amat menyintaimu,aku malu dengan noda2 dosaku,aku gagal menjadi ikhwanmu,gagal menjadi seperti yang kau inginkan.Ya rasullullah,betapa beratnya aku hidup diakhir zaman ini,dengan fitnah bermaharajalela,kadangkala aku tersungkur jua.apakah kau menerima aku menjadi umatmu,kiranya sudi kau terima aku sebagai ikhwanmu.makin deras airmataku mengenang betapa besar dan tingginya cinta kau kepada kami,sehingga nafasmu di keronggkong sekalipun kau masih menyebut nama2 kami,dikala kesakitan sakaratul maut kau hadapi,masih lagi kau berdoa untuk kami,mengumpulkan segala kesakitan itu kepadamu.ya ALLAH...betapa mulianya kekasihMU ini.ya rasullullah,pernah dahi kau berdarah akibat tentangan musuh2mu,tetapi kau tenang,kau tidak berdendam malah kau mampu mengukir senyuman kemaafan dan mendoakan kebaikan untuk mereka,betapa tingginya akhlakmu.ya rasullullah,jika kau masih hidup lagi sekarang pasti kou menangis melihat umat2 yang kau cintai telah rosak akhlaknya,akhlak yang kou terapkan telah diruntuhkan oleh keegoaan mereka.pasti kau ada penawarnya.ya,penawarnya adalah al-quran dan sunnah2mu.Terima kasih ya rasullullah,kau tinggalkan kami 2harta yang buat kami senang dan lapang..sesungguhnya tiada makhluk yang terbaik dan terunggul melainkan dirimu,semoga mereka diluar mengenang budimu.wahai sahabat2ku..beringatlah sesungguhnya nyawa kita berada antara 2 kerdipan mata,dan kita telah dipintu akhir zaman,adakah sahabat2 masih mampu lagi dapat ketawa,bersenang,berlapang..usahlah ego dengan dirimu,marilah kita bersama2 beusaha menjadi ikhwan rasullullah yang terbaik,umat yang terbaik,perbaiki akhlak2 kita,menegakkan sunnahnya dan al-quran.pasti DIA akan membuka segala kesulitan kita selama ini,pasti akan dicampakkan kegerunan musush2 kita terhadap kita...ingatlah sesungguhnya azab ALLAH amat keras dan sesungguhnya jua DIA maha pengampun...Amin

HADIS NABI


Dibawah ini adalah Hadis Nabi yang dihimpunkan khas buat tatapan para pengunjung. Ianya akan ditambah dari masa ke semasa, Semuga anda memperoleh menafaat darinya, Insyaallah.
1- Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.” (Hadis Riwayat Muslim)
2- Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.” (Hadis Riwayat Muslim)
3- Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang meminjamkan untanya kepada satu keluarga untuk diperah susunya pagi dan petang maka pahalanya sungguh sangat besar.” (Hadis Riwayat Muslim)
4- Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda. Kemudian kami berkata:”Ya rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi.” Sabda baginda:”Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu melihat jenazah (lalu) berdirilah.” (Hadis Riwayat Muslim)
5- Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang mendapatkan Subuh satu rakaat sebelum terbit matahari, bererti dia telah mendapatkan Subuh seutuhnya. Dan sesiapa yang mendapatkan Asar satu rakaat sebelum matahari terbenam, bererti dia telah mendapatkan Asar seutuhnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
6- Dari Abu Hurairah r.a, katanya:”Rasulullah s.a.w melihat kahak di kiblat masjid. Lalu baginda menghadap kepada orang ramai lalu bersabda:”Bagaimana pendapat kamu semua jika seseorang sedang solat menghadap Tuhannya, lalu dia meludah ke hadapan? Senangkah kamu jika kamu sedang dihadapi seseorang, tiba-tiba orang itu meludahi mukamu? Kerana itu jika kamu meludah ketika solat, maka ludahlah ke kiri atau ke bawah kakimu. Jika itu tidak mungkin, ludahlah ke sapu tanganmu.” (Hadis Riwayat Muslim)

FIRMAN ALLAH

Dibawah ini adalah Firman Allah yang dihimpunkan khas buat tatapan para pengunjung, Ianya akan ditambah dari masa ke semasa, Semuga anda memperoleh menafaat darinya,Insyaallah.
37- Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: `Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?`, niscaya mereka menjawab: `Allah`. Katakanlah: `Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmatNya?. Katakanlah: `Cukuplah Allah bagiku`. Kepada-Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri. (Surah. Az-Zumar: Ayat 38)
36- Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan. (Surah. Az-Zumar: Ayat 67)
35- Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya - sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: `Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir.` (Surah. Hud: Ayat 42)
34- Atau pernahkah Kami menurunkan kepada mereka keterangan, lalu keterangan itu menunjukkan (kebenaran) apa yang mereka selalu mempersekutukan dengan Tuhan? (Surah. Ar-Rum: Ayat 35)
33- Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Qur'an) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu. (Surah. Al-Mukminun: Ayat 71)
32- Dan orang-orang yang berdosa melihat neraka, maka mereka meyakini, bahwa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak menemukan tempat berpaling dari padanya. (Surah. Al-Kahf: Ayat 53)
31- "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (Surah Al-Nahl Ayat 125)
30- Maha Suci Allah yg telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda² (kekuasaan & kebesaran) Kami.Sesungguhnya Allah jualah Yg Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(Surah Al-Israa':Ayat 1)
29- "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya" (Surah Ali Imran 3:Ayat 200)
28- "Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)" (Surah Luqman 31: 17)
27- "Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Surah Al-Baqarah 2: 155-157)
26- "Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan" (An-Nahl 16: 96)
25- "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)
24- "Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong (dari sebarang ingatan kerana mengenangkan anaknya). Sesungguhnya nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah)." (Surah Al-Qasas 28: 10)
23- Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. (Surah Al- Talaq: ayat 4)
22- Ucapkanlah olehmu akan Allah dengan sebutan yang banyak supaya kamu beroleh kemenangan (Surah Al- Anfaaal: Ayat 45)
21- Maka berzikirlah kamu akan Aku supaya Aku menyebut akan kamu dan syukurilah olehmu akan Aku dan jangan kamu ingkari akan (nikmat Ku). (Surah Al-Baqarah: Ayat 152)
20- Dan (Dialah) yang mencipta sekelian makhluk yang pelbagai jenisnya dan ia mengadakan bagi kamu kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya. (Surah Az-Zukhruf: Ayat 12)
19- Dan mereka yang membelanjakan emas dan perak tanpa membelanjakan kejalan Allah, maka berikanlah kepada mereka peringatan mengenai azab yang pedih. (Surah At-Taubah: Ayat 34)
18- Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah sudah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada dilangit dan yang ada dibumi dan sudah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat Nya yang zahir dan yang batin. (Surah Al-Lukman: Ayat 20)
17- Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikkan atau menyembunyikannya atau memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), Sesungguhnya Allah adalah maha pemaaf, lagi maha kuasa. (Surah An-Nisa: Ayat 149)
16- Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. ( Surah Az-Zukhruf: ayat 36)
15- Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. ( Surah Asy-Syu'araa' : 109)
14- Demi Masa. Sesungguhnya semua manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." ( Surah Al Asr')
13- Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru (manusia) kepada (agama) Allah, dan mengerjakan amal yang soleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Fussilat 41:33)
12- Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (Surah. Al-Nahl: ayat 125)
11- Maha Suci Allah yg telah menjalankan hambaNya (Muhammad)
pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda² (kekuasaan & kebesaran) Kami.Sesungguhnya Allah jualah Yg Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Israa': Ayat 1)
10- Firman Allah SWT:"Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah
dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka, dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.
09- Kami jadikan anak Maryam (Isa) dan ibunya suatu tanda (Kekuasaan kami) dan Kami tempatkan keduanya di tanah tinggi yang datar lagi bermata air (bersungai) (Surah Al-Mukminin: Ayat 195)
08- Ingatlah kamu semua kepada Ku, Pasti Aku akan ingat kepadamu dan bersyukurlah kepada Ku dan jangan pula berbuat kekufuran (menutupi kenikmatan yang telah diberikan) (Surah Al-Baqarah: Ayat 152)
07-  Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohom ampun untukmu) supaya dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. (Surah Al-Ahzab: Ayat 43)
06- Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesusahan. (Surah Al-Baqarah: Ayat 185)
05- Sesungguhnya Allah menyintai orang yang berjuang pada jalan Nya (untuk membela agama) dalam satu barisan yang kukuh seolah-olah satu bangunan yang kukuh.(Surah As-Soff: Ayat 4)
04- Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Kedalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia. (Surah At-Tahrim: Ayat 6)
03- Patuhilah seruan Tuhanmu sebelum datang dari Allah suatu hari yang tidak dapat ditolak kedatangannya. kamu tidak memperoleh tempat berlindung pada hari itu dan tidak (pula) dapat mengingkari (dosa-dosamu). (Surah As-Syuura: Ayat 47)
02- Sesungguhnya Allah amat mengasihi mereka yang bertaubat dan juga amat mengasihi mereka yang menyucikan diri. (Surah Al-Baqarah: Ayat 222)
01- Dan barang siapa tidak melaksanakan hukum-hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt,Maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.(Surah Al-Maidah: Ayat 47)

DOSA-DOSA BESAR

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:
01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi

04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak

35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki 

SOLAT JAMAK DAN QASAR

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar
 
Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam  waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".


Diterbitkan pada: 09 Januari 2005.
Sumber: Pemberian seorang rakan dalam bentuk cetakkan.