Saturday, December 11, 2010

Fitrah Manusia Menurut Perspektif Agama

    • Agama ialah satu set kepercayaan nilai dan amalan yang berasaskan pengajaran.
    • Memberi struktur kepada kehidupan manusia
    • Membantu memenuhi keperluan manusia untuk hidup bersama dan bersosial
    • Memberi kepuasan emosi kepada penganutnya.
    • Aa Gym( 2005) mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir dan belum pernah disentuh atau diubah.
    • -anugerah dalam bentuk fizikal atau mental diberikan oleh Tuhan kepada manusia.
    • -merangkumi aspek potensi bakat semula jadi keupayaan mental dan fizikal.
    • Ragib Al Isfahami ,Fitrah merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang menciptakannya.
    • Al-Ghazali (1971) mengatakan bahawa setiap insan wajib mengenali Allah S.W.T yang merupakan fitrah manusia dalam usaha mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa.
    • -Beliau menyatakan tentang dua unsur berkaitan dengan keperluan manusia iaitu unsur roh dan jasad.
    • Kehidupan beragama merupakan fitrah manusia di muka bumi ini.Hal ini ditegaskan Allah S.W.T dalam (surah Ali-Imran:19)
    • “ Sesungguhnya agama yang diredai di sisi Allah S.W.T. hanyalah Islam”.
    • -Persamaan taraf
    • -Tiada paksaan untuk memasuki agama islam.
    • Pegangan hidup
    • -Setiap umat islam mempercayai dan yakin akan kewujudan Allah S.W.T.
    • -Dalam Ayat Kursi :
    • -“Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya,tidak mengantuk dan tidak tidur, kepunyaan-Nya apa yang dilangit dan dibumi”.
    • Beribadat
    • - Firman Allah dalam surah ad-Dzariyat:
    • “ Dan (ingatlah) Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”
    • Oleh itu, kehidupan beragama:
    • -Merupakan sesuatu yang penting untuk mencapai kemajuan yang menyeluruh daripada segi kerohanian dan kebendaan.
    • -Merupakan naluri kepercayaan kepada agama yang mengesahkan kewujudan Allah S.W.T. dalam keseluruhan kehidupannya .
    • Menerima Qada’ dan Qadar
    • Setiap umat Islam perlu reda menerima ketentuan Ilahi.
    • “ Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)”. (Surah al-Baqarah: 155 & 156)
    • Allah menjadikan manusia makhluk yang termulia di alam semesta dengan menganugerahkan akal yang dapat membezakan manusia dengan makhluk-makhluk yang lain.
    • Telah bersabda Rasulullah S.A.W...Dan alat bagi mukmin adalah akal…Dan tiang agama ialah Islam. Dan tujuan Allah ialah akal. Dan yang menyeru orang-orang beribadat ialah akal.
    • Ketika Allah SWT hendak menciptakan manusia, Allah SWT memberitahu para malaikat-Nya perihal maksud-Nya:
    • Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi orang yang akan membuat kerosakkan dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS. al-Baqarah: 30)
    • Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa di muka bumi, dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. (QS. al-An’âm: 165)
    • Sumber bersifat maknawi, iaitu hati, akal, emosi dan nafsu juga bersifat lahiriah seperti pancaindera, kebijaksanaan, hasil bumi dan sebagainya, mendorong manusia mengembangkan potensi ke tahap maksimum.
    • Kesimpulannya, asas-asas ajaran yang wajib diamalkan oleh manusia menurut Islam ialah:
    • - Manusia wajib beriman, yakni mempercayai keesaan Allah S.W.T
    • -Manusia wajib beribadat kepada Tuhan Yang Maha Esa.
    • -Manusia wajib berakhlak dalam setiap perbuatannya
    • -Manusia perlu kepada masyarakat yang berasaskan kepada ajaran agama yang dianuti .
    • Manusia mempunyai dua sifat iaitu manusia sebagai makhluk jasmani dan makhluk rohani. Secara fitrahnya, manusia dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik yang dianugerahkan oleh penciptanya. Manusia dianugerahkan akal dan mempunyai ‘kebebasan memilih’,lantaran itu membezakan antara yang baik dan buruk.
    • Fitrah manusia mengikut perspektif biologi memperlihatkan asas-asas genetik seperti baka dan persekitaran.
    • Baka yang mempengaruhi perbezaan individu dari aspek :
    • -Kognitif
    • -Fizikal
    • -Emosi
    • Faktor persekitaran juga menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia daripada aspek berikut:
    • Latar belakang keluarga
    • Pengaruh rakan sebaya
    • Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat
    • Sumber teknologi
    • Guru dan sekolah.
    • Keperluan mendapatkan makanan/minuman
    • Keperluan tidur dan rehat
    • Keperluan udara
    • Keperluan pembuangan
    • Keperluan kejantinaan.
    • Memudahkan guru mengenalpasti aktiviti yang bersesuai dengan kebolehan murid
    • Guru dapat memahami sikap dan tingkahlaku murid.
    • Memudahkan guru mengasah bakat dan potensi murid yang terpendam.
    • Menjadi guru lebih kreatif dalam mempelbagai aktiviti pembelajaran mengikut kecenderungan murid

No comments:

Post a Comment